Friday, November 26, 2010

Program Perhimpunan Peers Zon Utara..

Assalamualaikum..alhamdulillah..sudah seminggu saya berada di Perak..pelbagai pengalaman ditimba..program ini merupakan anjuran UiTM Seri Iskandar, Perak..bertujuan mengeratkan lagi silatulrahim antara kami..program ini berlangsung selama 3 hari iaitu 23 nov- 25 nov 2010..tibanya saya di Perak pada 21 nov dan menetap di rumah kawan saya anas bertempat di Manjung, Perak..pada hari pertama program berkenaan kami sempat beramah mesra antara satu sama lain dan melakukan aktiviti seperti ice breaking,mencipta logo dan interclub..dan kami telah memenangi bagi aktiviti interclub..(kump kambing) pada malam pula kami mengadakan solat maghrib & isyak berjemaah dan mengadakan bacaan yassin untuk arwah syawan azizan dan azrul azizan yang terlibat dalam kemalangan..alhamdulillah semua berjalan lancar..pada hari kedua pula kami melakukan lawatan ke Gunung Lang..disana kami menikmati pemandangan indah disamping mengetahui sejarah tempat berkenaan..selesai lawatan tersebut kami ke Tanjung Rambutan untuk melawat pula Rumah Orang Tua Seri Kenangan..disana kami diberi pendedahan tentang nasib orang tua di tempat berkenaan..memang menyentuh perasaan..kami sempat menemu bual beberapa orang tua di rumah berkenaan dan kebanyakkan di tinggal oleh anak-anak mereka..jika dilihat keadaan mereka amat menyedihkan..disini saya ingin menasihati agar jagalah ibu bapa anda sebaiknya..jangan hampakan mereka..janganlah buat mereka menangis.."seorang ibu boleh menjaga ramai anak tetapi belum tentu anak yang ramai dapat menjaga seorang ibu"..selesai lawatan itu kami pulang ke kampus..malam itu kami diberi masa untuk membincangkan persembahan pada malam "smart casual" esok harinya..kami telah membuat keputusan untuk menyanyi..memang menarik..pada keesokan harinya..kami melakukan aktiviti Explorace..kami mendapat tempat kedua (kump kambing)..selesai aktiviti pada hari ini..seterusnya acara penutupan yang dirasmikan oleh Penasihat Kaunselor UiTM Perak..kami sempat mengadakan sesi bergambar bersama sebelum kembali pulang..kesimpulannya program ni sungguh menyeronokkan..huhu..kali ni blaja wat esei..hahaha
ketika di Gunug Lang..
malam dinner "smat casual"..
ketika di Pangkor..
presentation logo...
pose di Gunung Lang..
ucapan ketika di Rumah Org Tua Sri Kenangan..
Penyampaian hadiah olh Pegawai Kaunselor UiTM Perak..

No comments:

Post a Comment